Juara Maharaja Lawak, Kumpulan Sepah hari ini mengesahkan bahawa kumpulan itu secara rasminya berpecah setelah tidak lagi mempunyai persefahaman dan masalah peribadi di kalangan anggotanya.
Seorang anggota kumpulan itu, Jepp, dilaporkan memberitahu akhbar bahawa anggota kumpulan lawak paling mantap itu sebelum ini beberapa kali kurang mampu memberikan komitmen kepada kumpulan dan terpaksa dibina kembali untuk pertandingan Maharaja Lawak yang lalu.
<!-- more -->
<!-- more -->
Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa tidak tahan lagi dengan situasi tersebut dan mengambil keputusan untuk berpecah.
“Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan,” katanya yang dipetik dari akhbar Berita Harian lalu.
Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan tersebut, Shuib, turut senada dan pasrah dengan apa yang terjadi kepada Maharaja Lawak itu.
Shuib mengaku pernah ada melakukan perbincangan bersama anggota lain mengenai masalah kumpulan itu, namun ianya tidak mencapai kata sepakat dan akur dengan keputusan untuk berpecah meskipun sangat sayang pada kewujudan kumpulan itu.
“Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini,” katanya yang dipetik dari akhbar yang sama hari ini.
Kemantapan kumpulan paling lawak di dalam industri hiburan tanahair itu dikesali pelbagai pihak dan peminat, serta menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar khususnya kepada persembahan bercorak komedi.
OhLawak: hurmmmm... tkbest la dorang dah berpecah ;(
credit:www.mediaserius.com